Pembenihan Ikan

Pada masa sekarang pihak Laman Flora sedang giat menjalankan aktiviti pembenihan ikan keli bagi menampung bekalan benih ikan di pasaran tempatan terutama untuk penternak-penternak di semenanjung . Pihak syarikat ada membekal benih ikan keli dalam pelbagai saiz mengikut permintaan penternak iaitu benih yang bersaiz antara 1.5-2 inci, 2-2.5 inci dan 2.5-3 inci dengan harga yang berpatutan mengikut jumlah pesanan.  Disini diceritakan serba sedikit tentang proses pembenihan yang dijalankan oleh pihak syarikat.

PROSES SUNTIKAN HORMON PADA INDUK IKAN KELI

Suntikan Hormon Pada Induk

Proses Suntikan hormon ini dijalankan untuk induk betina dan induk jantan yang telah matang bagi meransangkan proses kematangan telur betina dan sperma jantan. Hormon yang digunakan samada Ovaprim atau Ovatide mengikut bekalan yang  ada.

PROSES MENGELUARKAN TELUR BAGI INDUK BETINA

proses keluarkan telur betina

Proses mengeluarkan telur induk betina dilakukan selepas 10 jam suntikan hormon dijalankan. Proses ini mesti dilakukan oleh 2 orang atau 3 orang bergantung kepada saiz induk tersebut. Jadi induk yang berkualiti adalah yang berat badannya antara 1kg hingga 2 kg dan umur antara 8 bulan hingga 1.5 tahun. Kalau tua sangat nanti jadi keli pencen dan telurnya kurang kualitinya. Jadi pemilihan induk juga perlu diambil berat supaya usaha pembenihan tidak sia-sia dan tidak merugikan  hormon.

PROSES DAPATKAN TESTIS  DARI INDUK JANTAN

serma induk jantan

Untuk mendapatkan testis yang mengandungi sperma jantan, induk jantan tersebut perlu dibedah bagi mengeluarkan testis, jadi induk jantan perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum dibedah perut. Dalam aktiviti pembenihan ikan keli ini induk betina boleh digunakan beberapa kali bergantung kepada umur induk tersebut dan kualiti telurnya, manakala induk jantan hanya sekali sahaja kerana ia perlu dikorbankan. Selalu induk yang sudah tua telurnya atau spermanya kurang aktif , jadi mesti pandai memilih induk yang muda dan masih bergetah lagi serta matang bagi menghasilkan benih-benih yang berkualiti.

PROSES CAMPURAN TELUR DAN SPERMA JANTAN

CAMPURAN SPERMA DAN TELUR

Testis induk jantan tadi akan dipotong dan sperma diperah keatas telur betina dan campuran ini akan dikacau perlahan-lahan untuk persenyawaan sehingga sebati. Aktiviti perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan telur betina tidak rosak dan semua telur boleh disenyawakan.

PROSES MENABUR TELUR DIATAS TRAY.

menabur telur

Telur yang telah disenyawakan ditabur keatas tray penetasan didalam tangki penetasan. Pastikan telur ditabur dengan rata dan elakkan telur bertindih dan berlonggok. Pengaliran dan pengudaraan hendaklah dibuat secara berterusan. Telur akan menetas dalam masa 20-25 jam selepas disenyawakan.Apabila semua telur telah menetas tray ini perlu dikeluarkan dan dibersihkan.

ASUHAN REGA KELI

TANGKI ASUHAN

Rega yang berumur 3-4 hari akan dipindahkan ke tangki asuhan dengan cermat. Selepas 4 hari rega akan diberi makan artemia dan kemudian setelah berumur 10 hari diberi makan makanan serbuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: