SISTEM TERNAKAN IKAN

TEKNOLOGI  TERNAKAN KELI KANVAS

Faktor utama pemilihan ikan keli diternak menggunakan kolam kanvas disebabkan oleh:

1) Tidak merosakkan tanah .

2) Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk pembinaan kolam.

3) Senang untuk diuruskan dari segi pembinaan dan sistem kolam.

4) Pugutan hasil tuaian yang maksimum berbanding kolam tanah.

5) Mudah dikendalikan ketika proses menggred ikan , proses pungutan hasil dan proses rawatan ikan dan kolam.

6) Dapat menghasilkan ikan keli yang bersih dan suci dari segi permakanan dan kualiti air.

Laman Flora Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan ialah pihak pengurusan perniagaan ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk jangkamasa panjang. Beberapa sesi penerangan serta lawatan juga telah dirangka bagi kawasan utara untuk meningkatkan dan memantapkan skop pasaran. Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan lagi skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan memajukan lagi perniagaan utama.

Di antara skop tersebut adalah dengan menjadi perintis dan pemangkin ekonomi di sektor penternakan ikan air tawar di kawasan tanah terbiar.

Oleh yang demikian, pihak syarikat telah merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.

a) Pusat Pembenihan dan Pemprosesan Makanan Ikan.

Bagi memastikan kesinambungan dalam perniagaan utama, pihak pengurusan juga bercadang untuk membina pusat pembenihan dan pemprosesan makanan ikannya sendiri. Ini adalah kerana kos untuk benih dan makanan merupakan penyumbang terbesar didalam jumlah kos perbelanjaan . Benih ikan dan makanan merangkumi 50% daripada jumlah kos tersebut. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah bercadang untuk mengeluarkan benih ikan dan makanan ikan sendiri untuk kegunaan syarikat dan pengusaha-pengusaha kecil kawasan setempat. Strategi ini dijangka akan dapat menambah pendapatan kasar syarikat sebanyak 30% sebulan.

b) Projek Usahasama Tanah Terbiar

Mencari dan mengusahakan Tanah Terbiar di kawasan sekitar secara usahasama dengan pemilik tanah. Dengan galakkan dan sokongan daripada pihak tertentu, projek yang berintensifkan modal ini dapat dimajukan dengan adanya perancangan dan komitmen yang tinggi dari kedua-dua belah pihak. Usaha ini dijangka dapat menjana 50% daripada pendapatan bersih hasil Projek Usahasama ini. Disamping mengurangkan jurang perbezaan terhadap keperluan ikan air tawar negara dan industri akuakultur amnya.

c) Pusat Pengumpulan Dan Penjualan Hasil Ikan Air Tawar

Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan pengusaha dalam industri akuakultur ini adalah kegagalan mendapatkan pasaran. Ini berlaku kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tradisioanal yang tak mampu untuk memasarkan hasil pengeluaran secara intensif.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan syarikat bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil serantau dimana, sesiapa sahaja yang ingin memasarkan hasil pengeluaran mereka bolehlah berbuat demikian. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan mengikut perkembangan harga pasaran semasa. Pihak syarikat akan mengumpul dan menjual semua jenis hasil ikan air tawar ini di pasaran terbuka secara borong. Secara tak langsung ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan logistik serta membantu golongan pengusaha kecil dan sederhana memasarkan hasil keluaran perikanan air tawar.

SET KOLAM KANVAS

1. Pemasangan Rangka Kolam

Kerja memasang rangka kolam, hanya memerlukan 1 atau 2 org je…Sebelum tu tapak utk rangka kolam ni perlu diratakan dan di laraskan dgn timbang air supaya kedudukan kolam nanti cantikkkk… Rangka kolam ni bersaiz 6k x 15k x 3k.

kerja pasang rangka kolam

Rangka kolam yg siap dipasang – 1 set rangka utk 5 kolam. Ini adalah rangka kolam menggunakan besi sepenuhnya. Disebabkan harga besi makin meningkat, projek akan datang akan diubahsuai kepada rangka kolam yg lebih ekonomi.

Rangka Kolam siap dipasang

2. Pemasangan Kanvas

Pemasangan Kanvas

Bro. Sani tgh pasang kanvas, seorg pasang pun boleh…mudahnya.. Bila siap pasang kanvas, kerja2 memasang sistem paip akan dijalankan. Kemudian kolam2 kanvas ni perlu dirawat dan dicuci terlebih dahulu supaya tiada kesan kimia pada kanvas yg boleh memudaratkan kesihatan ikan ternakan.Terdapat banyak kaedah atau petua utk merawat kanvas yg baru ni..antaranya rendamkan batang pisang yg dicincang selama seminggu dan juga letakkan garam secukup rasa…

 

3. Kolam Yang Siap Dipasang

Kolam Kanvas telah siap dipasang

Ini lah rupa kolam yg telah ready utk ikan keli aku membesar bagai keli afrika, utk ikan keli air kolam tak perlu bnyk sgt …kedalaman air kolam lebih kurang sekaki je…kalau bnyk air keli ni main bnyk…malas nak makan pulak..pas tu mula le jd keli kepala je besar badan kecil… Kat hujung kolam ni aku letak juga kayu penahan…standby takut besi rangka bengkok….safety first. Kolam kanvas ni boleh menampung sbyk 2000 ekor ikan keli. Pukat hijau diguna utk menghalang dari serangan burung atau mengelakkan ikan keli ni menjadi hidangan siburung.

4. Sistem Kolam Kanvas Yang Lengkap

 

sistem kolam kanvas

Inilah sistem kolam kanvas yg lengkap dgn sistem pengairan keluar masuk utk ternakan ikan keli. Sistem ni diilham oleh Bro. Sani yg merupakan Pengurus Projek dan Pemasaran dalam Laman Flora…Beliau sedia membantu dlm segala bidang dan berpengalaman dalam bab perikanan ni….Bekalan air yg digunakan dlm sistem pengairan ni diambil dari sumber dalam tanah ( tube well )..Ikan keli ni cukup sesuai dgn air ni krn suhu air ni suam skit dan bersih…Kalau ada air telaga lagi bagus sebab airnya senang dirawat…Ikan keli tidak sesuai dlm air yg terlampau sejuk…nanti pucat bibirnye…kalau guna air bukit tu…takungkan dahulu bagi suam-suam kuku baru le lepaskan ke kolam..so berhati2 bila menggunakan sumber air..

 

 

TEKNOLOGI EM

 

PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI EM (Effective Microorganism )ATAU  BAKTERIA BAIK DALAM SEKTOR PERIKANAN.

 

Apakah EM?

 
 
  
Biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur…..ini semua adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain.
 
 
  

Teknologi  EM diperkenalkan oleh seorang profesor dari University of Ryukyus, Jepun, Dr . Teruo Higa yang menekankan ciri-ciri pertanian organik. EM ( Effective Microorganism ) adalah sejenis larutan organik serbaguna yang mengandungi mikrob berfaedah (EM) seperti Asid Laktik Bakteria, Fotosintetik bakteria, Aktinomisit dan Yis.  Gabungan bakteria berfaedah yang berperanan ini akan membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada tumbuhan dan haiwan ianya akan memberikan kesan penggunaan yang lebih efektif serta selamat kepada alam sekitar.

 EM bermaksud bakteria baik . Apabila didefinisikan secara lengkap, EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.

  EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia.

 

EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.

 

Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.


Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air

 

 

KONSEP DAN CARAKERJA EM

 

 

 

 

Konsep EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran.

 
 

 EM digunakan dalam rawatan air dapat memperbaiki kualiti dan persekitaran air .Melalui proses penapaian (fermentation) ia akan mengikat nutrien dari diambil oleh species lain seperti algae contohnya,mengurangkan mendapan(sludge) dan ammonia, meningkatkan kebolehlarutan oksigen(DO) dan turbiditi.
photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan EM adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms).

Bakteria aerobik(oksigen),heterotropik(oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik(tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian(fermentation/oxidative) atau Pembusukan (putrefaction).

Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik/heterotropik/anaerobik akan menghasilkanmolekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik.

Berbanding kepada proses pembusukan(putrefaction) oleh bakteria heterotropik/anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya.

EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.


KEGUNAAN EM DALAM AKUAKULTUR

Terdapat lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan juga dalam akuakultur.
 
 
   Sebahagian ciri-ciri PSBs:

a) Memecahkan bahan organik (glukosa, acid amino, acid organik, dsb.)
b) Membenarkan propagasi ( propagation) wujud dalam keadaan anaerobik dan juga melalui respirasi dalam keadaan aerobik.
c) Bakteria aktif bertindak menyingkirkan hydrogen sulfide dan nitric acid seterusnya menyingkirkan nitrogen. Kebolehan PSB untuk memecahkan ammonia adalah sangat kuat.
d) Merupakan sumber protein sel tunggal (single-cell protein) yang selamat digunakan, ianya penting dalam kitaran makanan hidupan air (aquatic food chains).

Purifikasi terjadi hanya jika bakteria hidup didalam air. Jadi,penjagaan kehadiran bakteria yang berterusan adalah penting bagi mengekalkan kualiti air yang baik. Ikan akan hidup dengan sihat dlam persekitaran yang sihat dengan bakteria PSB.

Ciri-ciri lain:

a) PSBs adalah bakteria hidup. Semakin banyak jumlah hidup, semakin kuat keefektifannya
b) PSBs tidak beracun/bukan toksik.
c) Biarpun mati, PSBs berguna dan memberi kebaikan kepada ikan sebagai sebahagian diet ikan dan juga membantu dalam melawan penyakit.
d) Bakteria yang mati mengandungi banyak asid amino,vitamin dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Vitamin B12 adalah yang terbanyak dan juga carotenoid.

Penggunaan EM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak perkara.

Antaranya:

Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.
Menstabilkan PH
Mengurangkan bau
Mengurangkan kehilangan nutrien dalam kolam
Mengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)
Menurunkan BOD
Mengurangkan hydrogen sulfide
Menurunkan COD
Mengurankan paras bahan organik
Mengurangkan paras besi(levels of iron)
Mengurangkan paras manganese
Memperbaiki turbiditI

Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda.

 

 

Penyimpanan:

 
-Elakkan simpan di tempat haba atau bergoyang.
-Untuk hasil terbaik guna serta merta atau dalam masa 14 hari selepas dibuka.Penyimpanan yang baik boleh menjangkau 2bulan.
-Lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.Gas akan berkurangan pada minggu ke-2.
-Gunakan air tidak berklorin untuk aplikasi anda (simpan takungan air 48jam).
-Bau masam-masam manis.
-Jangan berjimat dan simpan terlalu lama. Gunakan untuk mandi, bunga pasu, tandas, sinki dsb.
-Jika bau busuk seperti telur busuk, jangan gunakan dan buang terus ke dalam longkang.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: